Wednesday, June 24, 2009
Pusat Sumber Sek Men. Keb. Bukit Mewah bermula pada tahun 1997 apabila dua buah bangunan 3 tingkat mengandungi sebuah bilik Perpustakaan, sebuah Bilik Tayangan dan 12 kelas telah didirikan. Dua buah bangunan baru ini mula digunakan pada sesi persekolahan 1998. Pusat Sumber Sekolah ditempatkan di tingkat empat bangunan baru yang mana seluruh tingkat empat dijadikan Pusat Sumber yang menempatkan bilik tayangan dan perpustakaan. Bilik BBM baru yang ada sekarang ini pula mula beroperasi pada awal tahun 2003 setelah kerja-kerja mengubahsuai Bilik Masakan KHB kepada Bilik BBM siap dijalankan. Makmal Bahasa pula diwujudkan lengkap dengan peralatan audiovisual untuk kemudahan guru-guru mempelbagaikan kaedah P & P yang lebih menarik.
Visi PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Menyediakan resos pendidikan yang lengkap dan terkini untuk membantu sekolah menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Misi PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Memperoleh satu blok bangunan PSS yang lengkap dengan ‘ hardware ‘ dan ‘ software ‘ yang terkini untuk peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Piagam PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Menyediakan perkhidmatan
yang bermutu dan cekap.
Menjamin keselesaan pelanggan
yang berkunjung ke PSS
Menyediakan sistem peminjaman dan pemulangan buku dan bahan bantu yang cekap
Menyampaikan maklumat terkini dengan cepat dan tepat
Matlamat PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Membentuk profession perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu meningkatkan sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dan bandar.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin.
Objektif PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Pusat mengumpul dan mengedar semua jenis alat dan bahan mengajar ( cetak dan bukan cetak ) untuk kemudahan guru dan pelajar di sekolah memperolehi dan menggunakannya.
Membentuk dan membuat alat-alat dan bahan-bahan mengajar murahdengan kerjasama PKG, PSPN, PSP Negeri dan kakitangan penting matapelajaran.
Melatih dan menggalakkan guru mengunakan alat atau BBM yang sesuai. Alat/ BBM ini akan dikumpul, diklasifikasi serta dikatalogkan. Satu senarai yang kemaskini diedarkan kepada guru.
Membantu JK Kurikulum Sekolah terhadap penggunaan dan integrasian media ( bahan cetak dan bahan bukan cetak ) dalam kurikulum sekolah bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pusat mengumpul dan mengedar maklumat dan perubahan dalam teknologi pendidikan yang boleh diperolhi dari PKG, PSPN, PSP Negeri, PSP Kementerian Pendidikan, Pusat-pusat Pengajian Tinggi dan lain-lain agensi separa Kerajaan dan swasta.
Melatih guru berdikari, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Menjadikan PSS tempat pembelajaran di mana guru dan pelajar berpeluang menggunakan pelbagai jenis media sebagai bahan rujukan dan bacaan.
Mengadakan bengkel, ceramah atau seminar mengenai teknologi pendidikan dan menjemput penceramah luar.
PSS sebagai tempat pameran hasil kerja guru dan pelajar.
Membantu membina tabiat membaca di kalangan pelajar.
Fungsi & peranan PSS Sek. Men. Keb. Bukit Mewah
Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh guru dan murid.
Berkhidmat sebagai pusat di mana bahan dapat digunakan secara individu ataupun berkumpulan.
Menjalankan peranan bank di mana bahan dapat dipilih untuk penggunaan dalam kelas atau di rumah.
Merupakan pusat perhubungan di antara sekolah dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam dan sebagainya.
Memberi panduan kepada guru dan murid untuk mencari, memilih, menghasil dan menggunakan bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.
Menjalankan tugas untuk menilai dari masa ke semasa bahan-bahan yang diperolehi.
Menentukan bahawa alat-alat yang diperolehi sentiasa dalam keadaan baik dan boleh diakses pada bila-bila masa serta memastikan bahan yang rosak akan dibaiki dan dipulihara.
Menentukan bahan yang diperolehi atau dihasilkan selaras dengan keperluan sekolah
0 Comments:
Post a Comment